Tuesday, April 5, 2011

kawan?

a loyal friend laughs at your jokes when they`re not so good, and sympathizes with your problems when they`re not so bad. -Arnold H. Glasgow
korang semua tahu tak apa makna sebenar kawan? bagi mija, kawan tu seseorang yang sangat penting dalam hidup mija. kawan seseorang yang mesti ada kat sisi mija sewaktu mija perlu someone or not. terlalu besar erti kawan dalam hidup mija. so jom kita ramai-ramai fahami erti kawan yang sebenar, okay?

  • bukan senang nak cari kawan yang baik
  • bukan senang nak cari kawan yang setia
  • bukan senang juga nak menjadi seorang kawan yang baik
  • kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
  • kawan yang baik tak pernah cemburu ke atas kejayaan kawan baiknya
  • kawan yang baik ialah orang yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk berjaya
  • kawan yang baik tidak pernah mempengaruh kawan baiknya membuat perkara yang sia-sia
  • kawan yang baik ialah orang yang selalu menasihati kawan baiknya berbuat kebaikan.
  • kawan yang baik ialah orang pertama yang dicari tiba masa sedih dan gembira
  • kawan yang baik menjadi tempat meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa
  • kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baiknya untuk berada di sisinya
  • kawan yang baik tidak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
  • kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik buat kawan baiknya
  • kawan yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
  • kita ialah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
  • kita ialah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
  • kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita kerana kawan yang baik sentiasa menghargai kawan baiknya
  • kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
  • kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawanya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baiknya
  • kalau kita nak dapatkan kawan yang baik,kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan yang baik
semoga dari membaca point-point di atas, kita dapat jadi kawan yang baik. ingat ek. kawan yang baik tak perlu dicari, kerana kawan yang baik akan datang kepada kita dengan sendiri. tiada istilah "i`m sorry" and "thank you" dalam kamus persahabatan. tapi jangan pula kita salah menilai kawan baik kita sebab mereka tak memenuhi kriteria-kriteria kawan yang baik di atas kerana tak semua orang perfect.

it is easier to forgive an enemy than to forgive a friend. -William Blake